KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR MODUL 17 PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAK TANAMAN MODEN

8 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Jun 2026, telah diadakan Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 17 bertajuk “Pengurusan Penyakit Dan Perosak Tanaman Moden” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi.

Peserta perlu log masuk dalam sistem MTS dan menyertai kelas secara atas talian. Pembelajaran Modul 17 untuk membincangkan pengurusan penyakit tanaman melon melalui kawalan biologi dan teknologi nano Halia Bentong bagi menggantikan racun kimia. Peserta mempelajari teknik pemantauan tanaman, penggunaan kawalan biologi, amalan pertanian baik serta penggunaan racun perosak secara berhemah bagi memastikan hasil tanaman lebih berkualiti, produktif dan lestari. Selain itu, modul ini membantu petani mengurangkan kerugian serta meningkatkan keberkesanan pengurusan ladang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali